News

‘KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN’

ctrm news

2017- Kempen ‘Kesihatan adalah Kekayaan’ dengan rasminya telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Operasi CTRM Aero Composites, En. Roslan Roskan pada 22 Ogos lepas dan berakhir pada 29 Ogos. Kempen yang dianjurkan oleh Jabatan HSE (Health, Safety & Environment) ini diketuai oleh En. Mohd Aliasman Morshidi.

Bertemakan kesihatan sebagai tunjang utama, kempen ini mensasarkan objektif untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan selain menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja CTRM. Antara Jabatan kerajaan yang turut memberi sokong dalam menjayakan program ini ialah Kementerian Kesihatan Melaka dan Pusat Rehabilitasi PERKESO Melaka. Hospital Pantai, Hospital Putra dan MyOrtho juga turut serta dalam menjayakan program ini.

Berlangsung selama lebih kurang seminggu, kempen ini telah berjaya menarik minat ramai warga kerja CTRM untuk melibatkan diri secara aktif khususnya dalam ceramah-ceramah kesedaran kesihatan berkaitan kesihatan jantung, penyakit tibi, penyebab kanser, pengurusan stress dan bahaya merokok yang dianjurkan. Program lain yang turut ada antaranya adalah program derma darah, perkhidmatan berhenti merokok, saringan pemeriksaan kesihatan, saringan karbon monoksida, program zumba bersama warga CTRM dan konsultasi ortotik iaitu mengenal masalah kaki yang berkait rapat dengan tubuh badan secara percuma.

Program ‘Biggest Looser’ turut dianjurkan untuk warga CTRM yang serius ingin menurunkan berat badan. Program ini telah melibatkan penyertaan 36 orang warga kerja dan mendapat khidmat khas daripada jurulatih Jom Kurus 1 Malaysia, En. Amir Khushairi dengan tawaran harga serendah RM170 selama 6 minggu. Satu penjimatan yang banyak berbanding perkhidmatan menurunkan berat badan yang ada di luar.

Menarik lagi tentang kempen ini, setiap peserta akan menerima 2 jam ‘training hours’ setiap kali menghadiri program yang diadakan sekaligus menggalakkan penyertaan ramai dalam kalangan warga kerja. Bagi program derma darah, pihak HSE telah bekerjasama dengan Hospital Melaka dan berjaya mendapat sokongan daripada 254 orang penderma.

Program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan sasaran warga kerja CTRM yang lebih ramai.

KOMPOSIT BUATAN MALAYSIA TERBANG KE SERATA DUNIA

Sebuah pesawat Airbus A320 kelihatan terbang membelah awan pada ketinggian kira-kira 10,000 meter dari aras laut. Siapa sangka, model pesawat keluaran syarikat aeronautik, Airbus yang berpangkalan di Toulouse, Perancis, menggunakan sebahagian komponen berasaskan komposit yang dihasilkan di Malaysia. Tambah menarik, lebih 5,000 pesawat A320 yang sedang beroperasi di dunia hari ini mempunyai komponen sayap yang dibekalkan oleh syarikat tempatan, Compo¬sites Technology Research Malaysia (CTRM) yang beroperasi di Batu Berendam, Melaka.

Komponen sayap itu termasuklah panel spoiler, panel aileron dan sirip tepi belakang serta sharklet. Ternyata, ini merupakan suatu pencapaian dan pengiktirafan yang harus dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia setelah hampir 60 tahun negara mengecapi kemerdekaan.

Menyingkap kembali sejarah penubuhan anak syarikat DRB-HICOM yang memulakan operasi sejak lebih 25 tahun lalu itu, ia mula mengorak langkah dalam pembuatan struktur aero komposit pesawat selepas berjaya membida projek pembuatan komponen pesawat komersial Airbus A300 pada tahun 2001.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, CTRM dianugerahkan projek pertama pembekalan komponen panel sirip tepi belakang bagi Airbus A300 oleh pembekal Tier 1 Airbus iaitu BAe Systems UK (kini dikenali sebagai Spirit Aerosystems).

Menurutnya, terdahulu CTRM mendapat projek sulung dalam pembuatan pesawat ringan Eagle 150B. “Pada tahun 1991, CTRM menghantar seramai 35 orang pelatih teknikal dalam kalangan rakyat tempatan ke Eagle Australia di Perth untuk mempelajari dan mendalami kemahiran pembuatan komponen berasaskan komposit pesawat ringan Eagle 150B dan membawa pulang teknologi itu ke negara pada 1995”.

“Semasa di Perth, kami telah berjaya membuat dan memasang sebanyak 44 buah pesawat Eagle 150B dan sebanyak 18 buah lagi di fasiliti CTRM Batu Berendam, selain turut berjaya menerbangkan pesawat pertama pada tahun 2001 selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam,” katanya.

Bertitik tolak daripada kejayaan projek pertama pesawat komersial itu, syarikat tersebut mula mendapat perhatian bukan hanya daripada Spirit AeroSystems malah beberapa pembekal Tier 1 lain seperti UTC Aerospace yang seterusnya membuka peluang kepada CTRM membida projek bagi pesawat Airbus A320, A380, A400M dan Boeing B787, B737, B777 dan B767 yang teknologi komponennya lebih kompleks. Sebagai rekod, CTRM telah berjaya mendapat 21 projek pembuatan komponen pesawat komersial dan ketenteraan sehingga hari ini.

Antara komponen utama yang dihasilkan oleh CTRM adalah komponen sayap untuk pesawat Airbus A320/321, A350, A380 dan A400M. Bagi komponen penutup enjin, CTRM telah diberi projek bagi pesawat Airbus A350, A400M, Boeing B787, Bombardier C Series dan Mitsubishi Regional Jet. Bahagian komponen ekor pula, CTRM juga mengeluarkan komponen berkenaan untuk pesawat A400M dan Airbus Helicopter H130.

Pusat kecemerlangan

Sektor aeroangkasa yang sa¬ngat sulit dan proses pembuatan¬ komponen adalah tertakluk kepada spesifikasi kejuruteraan yang ditentukan oleh pengeluar pesawat seperti Airbus dan Boeing termasuk bahan mentah yang digunakan seperti karbon fabrik prepreg, komponen metalik, teras honeycomb dan sebagainya. Shamsuddin berkata, kebanyakan daripada pembekal bahan-bahan mentah itu adalah dari negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan China yang diimport masuk ke dalam negara menerusi Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Untuk memastikan bekalan mentah yang dibekalkan ke CTRM berterusan, kami mengikat kontrak dengan pelbagai pembekal global terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Begitu pun, bagi memboleh¬kan CTRM kekal berdaya saing, syarikat akan sentiasa memberi keutamaan kepada pembekal yang menawarkan harga paling kompetitif untuk menjamin kesinambungan perniagaan dalam jangka masa panjang,” jelasnya.

Hari ini CTRM muncul sebagai pembekal global komponen komposit aeroangkasa berstatus Tier 2 yang utama dan diiktiraf oleh pengeluar pesawat-pesawat komer¬sial utama di dunia termasuk Airbus dan Boeing. CTRM juga telah menerima beberapa pengiktirafan daripada syarikat-syarikat Tier 1 seperti Spirit Aerosystems dan UTC Aerospace di atas prestasi cemerlang dalam kualiti pembuatan komponen dan penghantaran.

Selain itu, CTRM kini muncul sebagai Pusat Kecemerlangan Komposit dan Aeroangkasa bagi kedua-dua komponen sayap dan penutup enjin yang berasaskan komposit berteknologi tinggi. Menurut Shamsuddin, kejayaan itu antara lain didorong oleh lebih 2,700 tenaga kerja berkemahiran tinggi dan keupayaan syarikat untuk melabur dalam pembelian mesin-mesin berteknologi tinggi seperti autoclave serta mesin berkejituan tinggi selain pembinaan fasiliti besar dan lengkap.

“Status CTRM sebagai syarikat milik kerajaan juga turut menyum¬bang kepada keyakinan pelanggan. Sebagai pembekal utama dan tunggal bagi komponen sayap serta penutup enjin global, selain merupakan pusat kecemerlangan komposit dan aeroangkasa, ia me¬rupakan suatu pencapaian membanggakan buat CTRM selaku syarikat tempatan bumiputera di negara ini,” ujarnya.

Pembekal tunggal

Keupayaan CTRM menjadi pengeluar tunggal di dunia bagi beberapa komponen termasuk penutup kipas enjin dan sayap pesawat merupakan satu pengikti¬rafan kepada syarikat tersebut wajar dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Shamsuddin berkata, hari ini, CTRM bukan sahaja dikenali sebagai pembuat komponen komposit tetapi juga telah melibatkan diri dalam kerja-kerja pemasangan penutup kipas enjin berteknologi tinggi.

Sehingga hari ini, CTRM telah mengeksport lebih kurang 9,000 komponen dengan anggaran nilai sebanyak RM60 juta hingga RM70 juta setiap bulan.

Jumlah ini dijangka akan terus meningkat pada tahun berikutnya ke anggaran 10,000 komponen sebulan seiring dengan peningkatan permintaan untuk dua model utama Airbus A320 dan Airbus A350. Kesemua komponen-komponen komposit CTRM dihantar ke pusat-pusat pemasangan pesawat di Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan negara ini.

Ditanya mengenai perancangan CTRM pada masa depan, Shamsuddin berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mempelbagaikan portfolio produk. “Kami akan menceburi bidang ruang dalaman serta tempat duduk pesawat berasaskan komposit yang kini sudah pun mema¬suki fasa pembangunan di CTRM,” katanya.



Source: Kosmo, 27 Ogos 2017

CTRM PERKASA TENAGA MAHIR INDUSTRI AEROANGKASA

Industri pembuatan komponen pesawat di negara ini yang dipelopori CTRM berupaya membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai dalam melahirkan kepakaran tempatan.

Hari ini, CTRM berjaya menjana sebanyak 26 peratus peluang pekerjaan bagi industri aeroangkasa dan seterusnya menyumbang sebanyak 13 peratus daripada pendapatan negara melalui sektor aeroangkasa tempatan.

Ketua Pegawai Operasi CTRM Aero Composites, Roslan Roskan berkata, sejajar dengan pertumbuhan industri aeroangkasa yang pesat, CTRM mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Latihan Komposit Aeroangkasa (ACTC) di bawah Divisyen Sumber Manusia syarikat itu. Menurutnya, sejak ditubuhkan pada tahun 2012, ACTC telah berjaya melatih lebih 2,000 pekerja mahir yang terdiri daripada juruteknik dan jurutera tempatan.

“ACTC juga berkeupayaan untuk melatih 600 perintis setiap tahun untuk menampung keperluan tenaga mahir di dalam pelbagai bidang antaranya pemasangan mekanikal, juruteknologi mesin autoclave, pemeriksa kualiti dan lain-lain. “CTRM juga telah berkoloborasi dengan institusi pengajian tinggi tempatan seperti Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Institut Kemahiran Belia Negara dan lain-lain bagi memenuhi keperluan tenaga mahir untuk jangka masa panjang,” katanya.

Tambah Roslan, ketika ini juga, CTRM berganding bahu dengan Universiti DRB-HICOM di Pekan Pahang untuk melahirkan pelajar diploma dan ijazah dalam bidang teknologi pembuatan komposit aeroangkasa bagi memastikan kesinambungan pembangunan tenaga kerja professional berlandaskan pendidikan berteraskan industri.

Program itu dijangka akan mula ditawarkan pada tahun 2018.

“Selain itu, bagi mempertingkatkan keupayaan CTRM, syarikat telah menjalinkan kerjasama dengan tenaga pakar luar negara termasuk daripada syarikat Airbus untuk menghasilkan jurutera pakar tempatan yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang termasuklah Ujian Ketahanan Kemusnahan.

“Ini antara lain bagi mematikan sumber tenaga mahir dapat disalurkan secara berterusan,” ujarnya.



Source: Kosmo, 27 Ogos 2017

5 KEY STRATEGIES TO KEEP CTRM COMPETITIVE, RELEVANT

Kuala Lumpur- Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) has embarked on five key strategies in its quest to capture new markets and innovative new products and services in order to remain competitive and relevant in aviation industry.

Group Chief Operating Officer Shamsuddin Mohamed Yusof said the five key strategies, namely business expansion, operational excellence, infrastructure expansion, engineering and technology development and people development, were introduced early this year to guide the company within the next three to five years.

“This is a mid- to long-term plan and we will continue to review it, depending on the requirement of the industry. We are going to refresh it regularly to ensure that it is continuously relevant,” he told Bernama on the sidelines of the Malaysia Aerospace Summit 2017 (My AERO’ 17) here yesterday.

Narrowing down the strategies, he said the business expansion strategy was aimed at achieving RM1 billion revenue from 2018 onwards and strengthening current business, as well as capturing new markets and innovating new products and services.

He said the strategy was also aimed at strengthening competitiveness through development of local supply chain. On infrastructure expansion, he said the strategy was aimed at enhancing capabilities through expansion of new building and equipment.

He said CTRM would also promote operational excellence through the best practices of lean activities, continuous improvement and innovation- Bernama



Source: New Sarawak Tribune, 16 August 2017

AEROANGKASA DIJANGKA TARIK PELABURAN RM1b

Kuala Lumpur- Industri aeroangkasa Malaysia terus berkembang kukuh dengan sasaran meraih pelaburan RM1 bilion pada tahun ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dalam pada itu eksport produk dan komponen berkaitan aeroangkasa Malaysia dijangka meningkat 20 peratus tahun ini, selepas mencatatkan eksport kukuh sebanyak RM5.5 bilion tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan komited menjadikan Malysia sebagai negara aeroangkasa nombor satu di Asia Tenggara menjelang 2030. Ekosistem aeroangkasa di negara ini berkembang pesat sejak lebih dua dekad lalu dengan lebih 200 syarikat aeroangkasa sedang beroperasi di Malaysia ketika ini. “Malaysia kini menjadi antara pembekal utama kepada pengeluar global seperti Airbus, Boeing dan Rolls Royce.

Pasaran Global
“Produk seperti selongsong kipas, brek karbon, kawalan pesawat automatik dan paparan pesawat elektronik dikeluarkan di negara ini untuk pasaran global,” katanya pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2017 (MyAero’17) di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa berkata, antara peserta aeroangkasa utama beroperasi di Malaysia termasuk Airbus,GE, Spirit Aerosystems, Safran Landing Systems, UTC Aerospace Systems dan Honeywell Aerospace Avionics.

Beliau berkata, antara syarikat tempatan yang menjadi pembekal komponen kepada pengeluar aeroangkasa global ialah CTRM dan SME Aerospace Sdn Bhd. Malah, UMW juga memperoleh urus niaga RM830 juta dengan Rolls Royce untuk mengeluarkan selongsong kipas bagi enjin Trent 1000 dan Trent 7000.

Mengenai prospek pertumbuhan industri aeroangkasa, Mustapa berkata, sebanyak 16,000 pesawat baharu dijangka dihantar ke Asia dalam tempoh 20 tahun akan datang, sekali gus menjadikannya pasaran aeroangkasa terbesar menjelang 2036. Beliau berkata, prospek cerah industri aeroangkasa di Asia menarik pengeluar pesawat utama dunia untuk mengalihkan pangkalan pengeluaran mereka ke rantau itu.

MyAERO’17 dianjurkan buat pertama kali oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak menjadi Pengerusi Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia pada 2015.



Source: Berita Harian, 16 Ogos 2017

MALAYSIA POISED FOR FURTHER GROWTH IN AEROSPACE INDUSTRY

Kuala Lumpur- Malaysia is slowly positioning itself as one of the countries for multinational companies to establish and expand their aerospace facilities. Among the leading aerospace players already in Malaysia are Airbus, Safran Landing Systems, Spirit Aerosystem and Singapore Aerospace Systems.
International Trade and Industry (Miti) Minister Mustapa Mohamed said Malaysia has positioned itself as a critical supplier of aircraft structural components. “We have CTRM, SME Aerospace and UMW Aerospace, which have become suppliers for global OEMs such as Airbus, Boeing and Rolls Royce,” he said referring to original equipment manufacturers.

These OEM products include fan casings, fan cowls, carbon brakes, leading edge panels, sharkelets, nacelle beams, and automatic flight control and electronic flight displays.

“The export of these aerospace products were valued at RM5.53 billion in 2016, a 32.6% increase from the RM4.17 billion recorded in 2015,” he said. Mustapa said Miti this year was targeting to increase the exports of OEM products by around 20%, despite the tight economic environment.

Currently, the aerospace industry provides 21,000 jobs, 8,800 in the manufacturing sector, he told the media at the Malaysia Aerospace Summit 2017 (MyAero’17) here today.

Mustapa said the Malaysian aerospace industry had attracted investments of RM1.6 billion in 2016 compared with RM4 billion the previous year. Malaysia recorded investments of RM8.7 billion for the sector between 2011 and 2015.

He said the slight dip in investments in 2016 was considered normal as Malaysia was still in the infancy stage in the industry.

“What’s more important is the long-term potential that the aerospace industry has to offer.”



Source: http://www.freemalaysiatoday.com,15 August 2017

BRILLIANT EFFORT PUT CTRM TO RECEIVE CONTRIBUTION TO ORGANISATION AWARD 2017

ctrm news

Launched as an independent initiative in the year of 2003 with only five recipients from two countries, The Asia HRD Award has now becoming a prestigious event held annually. This award celebrates and recognizes those who contribute towards people development and society in human resource profession, organisations, community or society as a whole.
The event that has took place at Le Meridien Hotel Putrajaya on the 8 th of August was attended by Malaysian Deputy Prime Minister, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi as the Guest of Honour.

In this special occasion, Composites Technology Research Malaysia (CTRM) has won the ‘Contribution to Organisation Award 2017’ for the best practices in building employee morale and reducing attrition levels. The company has instituted a successful HR scorecard programme to help in the development of people, skills and capabilities that impacts positively towards company’s business performance.

CTRM was one of the six organisations chosen to obtain the Contribution to Organisation award. The other five were Social Security Organisation Malaysia, Pahang State Foundation, Asian Institute Management of Philippines, Prasarana Malaysia Berhad and Cyberview Sdn Bhd. The award was received by the Head of Human Capital & Administration, Mr. Che Zulhaimee Abdullah. Also attended the event was the Chief Operating Officer of CTRM Aero Composites, Mr. Roslan Roskan.



THE PROBE & TQM IMPROVEMENT TERIMA ANUGERAH EMAS

ctrm news

77 kumpulan terdiri daripada pelbagai sektor kerajaan dan swasta telah bertanding dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan 2017.
Bertempat di Hotel Ramada Plaza, Melaka, konvensyen ini telah berlangsung selama dua hari bermula 1 sehingga 2 Ogos yang lepas. CTRM, salah sebuah syarikat yang mewakili sektor pembuatan telah menghantar dua kumpulan iaitu The Probe dan TQM Improvement untuk bertanding dalam konvensyen tersebut.

Kedua-dua kumpulan telah berjaya mengharumkan nama CTRM apabila mendapat pengiktirafan anugerah emas. The Probe telah mengenengahkan projek ‘Optimization on A320 Spoiler Compaction Table through Automation’ yang berjaya melakukan penjimatan tahunan sebanyak RM 749,406.00. Manakala, TQM Improvement telah berjaya melakukan penjimatan sebanyak RM 1,359,717.00 melalui projek ‘Improvement of Total Tool Reliability for A350 IBF/ OBF Package by Improving Tool Rework Method and Process Enhancement’.

Kejayaan The Probe dan TQM Improvement telah membuktikan bahawa kedua-dua kumpulan ini mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menghasilkan penambahbaikan yang menjurus kepada projek-projek penjimatan kos. Diharapkan kejayaan mereka dapat membakar semangat warga CTRM yang lain untuk sama-sama melibatkan diri dalam projek penambahbaikan syarikat.

Upacara penyampaian sijil dan anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).



HARD WORK PAYS OFF, CONGRATS NDT & QUALITY TEAM!

ctrm news


Kudos to QMS and NDT team who has scored zero findings on the Nadcap NDT audit on the last 25 th and 26 th of July. Six selected work packages including Airbus LE, Airbus JNose, AH EC130 Fenestron, Airbus A350 GKNDE, Nose Cap, UTAS B787 Fan cowl GE and KAL B737 FSF Bond Assy were all cleared from any findings in relation with requirement.

The two days audit report has successfully shown that the team has worked hard to ensure the result will be the best outcomes.

Happening third time in a row, after two consecutive 24 months merit, CTRM managed to get another merit for 24 months with the next audit due in 2019.

“CTRM AC is a supplier of composite assemblies used for airframe and was very prepared for this audit” says Mark Warchol, Nadcap Auditor.

“Company work facilities including NDT are very clean, equipment was well maintained and conducive to quality work, and the personnel are well trained and capable’’, he added.

The Quality and NDT personnel were viewed as very professional, highly cooperative, honest and courteous. He agrees that CTRM Aero Composites has also demonstrated an innovative inspection system that solved customer problems.

We are very proud of the accomplishment and hope to hear more good news from other department. Bravo!

CTRM TESTING LABORATORY APPROVED AS AN “AIRBUS INDEPENDENT NOT REFERENCE” LABORATORY AND RETAINS NADCAP AC7122 ACCREDITATION

Airbus Procurement Aerostructures SQIP Awards

CTRM Testing Laboratory (CTRM TL) is pleased to announce that its laboratory has attained the “Airbus Independent Not Referent” Status by Airbus France.

Together with the qualification, the laboratory will cover 29 aerospace related testing in various international testing standards which includes AiTM, ASTM and ISO. This recognition is an initiation for CTRM TL to pursue the Airbus Independent Laboratory status by 2019. CTRM TL was the first laboratory awarded with Nadcap AC7122 in Asia in 2011 and successfully maintained its Nadcap accreditation through Performance Review Institute (PRI), USA.v

PRI is a global provider of customer-focused solutions designed to improve process and product quality by adding value, reducing total cost and promoting collaboration among stakeholders in industries where safety and quality are the shared goals. CTRM TL also managed to garner 24 months merits from PRI based on excellent performance by achieving zero major CAR and consistent performance from the past two audits. Over 42 laboratories in the world have been accredited with Nadcap AC7122 by this eminent institute.

Besides Nadcap AC7122, the lab is also an ISO17025 accredited laboratory. These prestigious recognitions are awarded only after an exhaustive assessment of the lab procedures, controls and activities to ensure it’s compliance to international standards. It is an indication that the laboratory meets international recognized standappsnew/ards, capable of performing testing activities to the highest level of technical competency. CTRM TL was established in 2011 and commercially conducting testing in various fields including aerospace, automotive, construction, energy and locomotive comprising of customers from all over Asia.

Explore our websites at http:// ctrmtl.com.my . For any testing enquiry please contact us via email testing@ctla.asia or through calls at 06-3319019.

MALAYSIA SERTAI PAMERAN UDARA ANTARABANGSA PARIS

KUALA LUMPUR: Lebih 50 delegasi Malaysia mengambil bahagian dalam Pameran Udara Antarabangsa Paris yang berlangsung selama tujuh hari bermula 19 Jun lalu.

Ketua Pejabat Penyelaras Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO), Shamsul Kamar Abu Samah, berkata kehadiran Malaysia dalam acara aeroangkasa antarabangsa itu adalah menggalakkan dan sudah mula menunjukkan momentum beberapa tahun kebelakangan ini.

"Peningkatan permintaan terhadap industri aeroangkasa Malaysia bagi menampung pasaran global yang semakin meningkat mendorong kami untuk mempercepatkan keupayaan untuk terus berdaya saing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Kamar berkata, kerajaan memainkan peranan penting dalam penyertaan Malaysia di dalam acara berkenaan yang mana membabitkan kerjasama sesama agensi antara NAICO dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), SME Corporation Malaysia dan penggiat utama aeroangkasa tempatan seperti Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), UMW M&E Sdn Bhd, Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) dan CTRM Sdn Bhd.

"Acara ini adalah tempat untuk penggiat-penggiat utama dalam industri mempamerkan teknologi pesawat dan aeroangkasa mereka.

"Ia juga adalah tempat untuk Malaysia memastikan kehadirannya dirasai dalam sektor 'niche' ini serta mempamerkan dan mempromosikan keupayaan kita dan infrastruktur kelas dunia dan sistem eko kepada dunia," katanya.

Industri aeroangkasa adalah industri yang pesat membangun dan dikenal pasti oleh kerajaan sebagai salah satu sub sektor penggalak di bawah rancangan Malaysia ke-11.

Malaysia merancang untuk menjadi negara peneraju dalam industri aeroangkasa di Asia Tenggara menjelang tahun 2030 dengan industri itu menyasarkan mahu menjana pendapatan tahunan sebanyak RM55.2 bilion dan mewujudkan lebih 32,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.



Source: www.bharian.com.my, 21 June 2017

COMPOSITE MANUFACTURING: CTRM TO REAP AVIATION SECTOR BOOM

Airbus Procurement Aerostructures SQIP Awards

The growth in the aviation sector and the burgeoning low-cost carrier sector are providing an encouraging stimulus to components manufacturers such as Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM).
Its Group Chief Operating Officer (GCOO) Shamsuddin Mohamed Yusof said this would position CTRM to become a billion ringgit company in two years on the back of the strong demand for aircraft and a rapidly-growing global aviation sector.

Elaborating on the growth of the aviation sector, Shamsuddin said by 2035, there would be an estimated 33,070 plane orders valued at US$5.2 trillion (RM 22.57), based on a study by Airbus.
He said orders for second tier CTRM products from first-tier component makers like Spirit and UTC Aerospace Systems, both based in the United States, had thickened its order book to the tune of RM11.9 billion, and this would last up to 2035.

Airbus currently accounts for 70 per cent of CTRM’s business at present (via orders coming in from the first-tier Airbus suppliers, as well as a small portion of direct orders from Airbus itself). Shamsudin said at a briefing that the company registered a revenue of RM855 million last year. The briefing was held in conjunction with the announcement of the company winning the “Best Improver Award at the Supply Chain & Quality Improvement programme in France last month.

He also told the media at CTRM’s plant in Batu Berendam, here, yesterday, that this year, the company, a unit of DRB-HICOM Group of Companies, was spending RM93.4 million to construct a sixth building in Melaka, scheduled for completion in February next year.

CTRM plans to become an Airbus-certified Full Independent Lab in 14 months.The news of it becoming a Full Independent Lab, said Shamsuddin, had already resulted in many enquiries from global aviation and aerospace industry players for the supply of parts. The company’s total assets as at last year stood at RM842 million.

At the same event, Airbus issued a statement saying the value of work undertaken in Malaysia was set to increase by 25 per cent over the next five years, growing from US$400 million at present to US$500 million by 2021. “The increase will come on the back of higher production rates for the aircraft types worked on by suppliers like CTRM, Spirit Aerospace and Celestica, and a growth in the footprint of local joint ventures, including maintenance, repair and overhaul firm Sepang Aircraft Engineering,” said the European aircraft maker.



Source: New Straits Times, 16 May 2017

NILAI KONTRAK KERJA AIRBUS MELONJAK 25 PERATUS



Nilai kontrak pembekalan komponen pesawat Airbus di Malaysia dijangka melonjak 25 peratus kepada AS$500 juta (RM 2.17 bilion) setahun menjelang 2021 berbanding AS$400 juta (RM1.73 bilion) setahun ketika ini.
Ia sejajar dengan unjuran pasaran industri aeroangkasa yang bakal menyaksikan sejumlah 33,070 pesawat baharu dikeluarkan untuk 20 tahun akan datang dengan nilai mencecah AS$5.21 trilion (RM 22.6 trilion).

CTRM di kedudukan selesa

Potensi pertumbuhan kontrak kerja itu sekali gus bakal menyaksikan pembekal komponen pesawat tempatan termasuk Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) berada di kedudukan selesa melayari gelombang industri pertumbuhan tinggi itu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof, berkata pertumbuhan agresif industri itu menjadi asas untuk meletakkan sasaran tinggi menjadi syarikat bernilai RM1 bilion selepas 2019. Sebelum ini, katanya, sasaran itu berpotensi untuk dicapai lebih awal berdasarkan prestasi pendapatan syarikat sebanyak RM824 Juta bagi tahun kewangan 2016, namun terjejas ekoran persekitaran ekonomi mencabar termasuk kemasukan mata wang pound selepas Brexit.

“ Hujung tahun ini, CTRM akan menyaksikan peristiwa penting apabila Airbus memindahkan sepenuhnya operasi pengeluaran Fan Cowl A350 di Chulavista Riverside kepada kami menjadikan kami satu-satunya pengeluar tunggal Fan Cowl pesawat Airbus A350 di dunia ini.

“ Pertumbuhan pendapatan syarikat juga akan digalakkan lagi dengan rancangan CTRM untuk meneroka peluang baharu membekalkan komponen panel dalaman pesawat Airbus dan kerusi penumpang dalam tempoh dua tahun”.

“Bahkan, kami juga berusaha meyakinkan Airbus memanfaatkan sepenuhnya kepakaran pengujian kami untuk dipertingkatkan kepada Airbus Full Indpencence Lab dalam tempoh 12 hingga 18 bulan bagi membuka sumbangan pendapatan baharu kelak,” katanya ketika lawatan ke Batu Berendam, Melaka, semalam.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan media ke kemudahan CTRM Batu Berendam bagi melihat lebih dekat rancangan perluasannya bagi menampung kontrak kerja baharu industri aeroangkasa. Mengulas lanjut, beliau berkata, anak syarikat Kumpulan DRB-HICOM itu memperuntukkan pelaburan berjumlah RM93.4 juta bagi membangunkan kemudahan pengeluaran baharu dalam kawasan CTRM Batu Berendam.



Source: Berita Harian, 16 Mei 2017

CTRM WINS BEST IMPROVER AWARD 2017 - Airbus recognises CTRM’s commitment

Airbus Procurement Aerostructures SQIP Awards

Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), a member of the DRB-HICOM Group Companies, was recently awarded the “Best Improver Award” in a brief award ceremony held in conjunction with the Airbus SQIP (Supply Chain & Quality Improvement Program) Day 2017, in Toulouse, France on April 25.

The award was in recognition of CTRM’s demonstrated performance improvement on the products quality and delivery in 2016, which include sustainability of key performances for the last six months. CTRM’s Group Chief Operating Officer, Shamsuddin Mohamed Yusof, made the announcement during the media familiarization tour jointly organized by CTRM and Airbus at its plant here today.

The Airbus SQIP Award, an annual event since 2012, has been introduced with the objective of sharing Airbus’s achievements, challenges and best practices which drive improvements to its supply chain. Three awards categories were presented at the event which includes, Best Improver, Best Performer and the highest award, Accreditation. CTRM was one of the four recipients for Best Improver out of 28 Airbus main suppliers.

“We are extremely proud to be acknowledged as an important strategic partner for Airbus. This partnership would surely benefit the development of the aerospace industry in Malaysia, at the same time elevates the nation’s position as a complete business hub in the region. Having received this award, we are committed to achieve the next recognition, which is the Best Performer Award for 2018”, said Shamsuddin.

CTRM has been an important strategic partner for Airbus in the region, producing major composite aircraft parts covering flat and complexed curvature panels, since 2000 in its Batu Berendam facility. Currently, CTRM produces the A350 fan cowl skins and various parts for Airbus fleets which include the A320, A400M and A380 aircrafts, amongst others. The company is also known to be the only facility in the region to have the largest number of autoclave in addition to a dedicated paint shop and test laboratory to complement its core business.

“CTRM is a key partner for Airbus, delivering around 2,000 composite parts every week for aircraft across our commercial product line, as well as the A400M military transport and the H130 helicopter. This is part of our broader investment in Malaysia’s aerospace industry, which is an important part of the Airbus supply chain. We are also delighted that CTRM has reinforced its commitment to its relationship with Airbus by investing in its future capacity and capability. We look forward to continuing with this partnership with CTRM and Malaysia for many more years to come,” says Jean-Francois Laval, Executive Vice President of Asia, Airbus.

Mr. Shamsuddin was present to receive the award from Thierry Gendre, Airbus Head of Supply Chain & Quality. Accompanying Mr. Shamsuddin were Mr. Nor Azham Baharin, Head of Operation & Improvement and Mr. Shahrulnizam Ahmad, Head of Business Strategy and Development.

How have your business lines developed in the Malaysian market?


SHAMSUDDIN MOHAMED YUSOF CTRM was established in 1990 under the Ministry of Finance with the objective to become a global composite production hub. This is a capital-intensive industry, with a high level of skills required for staff. The government assisted us by channeling grants and providing incentives for our industry to flourish. Through these efforts, we were able to establish ourselves as the pioneers in composite manufacturing, which was a new field for Malaysia. CTRM has over the years invested heavily in high-tech equipment and machinery, and we are now looking at growth. Loyalty and persistent commitment to our existing major customers over the years have further complemented CTRM in shaping its future strategic business plan.

The market of composites part manufacturing is open, and we intend to focus on our major customers to remain cost competitive, especially in development activities. The acquisition of CTRM by DRB-HICOM in November 2013 has further accelerated the growth of the company from a MYR300 million turnover in 2012 to more than MYR800 million in 2015, after a major CAPEX investment of approximately MYR135.7 million as part of plant capacity expansion. This has further strengthened customers' confidence, which in turn has seen our order books rise to almost MYR12 billion until 2030 Read More ...


ctrm news

CTRM WINS INNOVATION AND CREATIVITY HRD AWARD 2016

CTRM marked a major milestone in Human Resource division when it won the ‘Creativity and Innovation Award’ at the HRD Awards 2016 held in the Mandarin Oriental, Kuala Lumpur recently. The Deputy Minister of Human Resource, YB Dato’ Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib graced the event and gave away the prizes to all winners. The prestigious award was received by Encik Shamsuddin Mohamed Yusof, CTRM Group Chief Operating Officer, accompanied by Encik Che Zulhaimee Abdullah, Head of Human Capital & Administration CTRM.

The HRD Award is the highest national recognition in the field of Human Resource Development, introduced and awarded by the Pembangunan Sumber Manusia Berhad under the Ministry of Human Resource. There are 4 award categories, namely Human Resource Minister Award, Pembangunan Sumber Manusia Berhad Award, Innovation & Creativity Award and Pearl Award. The objective of the awards is to recognize outstanding employers who have contributed significantly in the field of human resource development and promoting a culture of learning and development that enhances the employee’s competencies.

There are 4000 employers who are qualified to be nominated for the awards. CTRM Aero Composites was one of the 6 shortlisted companies nominated under large manufacturing company category.

Apart of immediate recognition among the HRD community, winning the award also help to raise the company’s profile with CTRM stakeholders.

CTRM SOARS HIGH AT ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION AND EXPOSITION (APIC) 2016


Following its inspiring success in previous MPC events, this year saw another round of commitment from CTRM when 2 teams were sent to compete at national level on MPC Team Excellence which was held in conjunction with the Annual Productivity & Innovation and Exposition 2016. Team FBI (Facility and Equipment Division) and Team IN-TEMPO (Production, Engineering, IPP & FEM Division) presented their cases titled Eliminating Recurrence of Ultra High Frequency (UHF) Connector Failure and Overall Equipment Efficiency (OEE) Optimization on Autoclave No. 8 respectively. Both teams were awarded with the 3-Star Award and team FBI made it to the Top 10 Teams in Manufacturing.

Earlier this year, In-TEMPO Team has emerged as Champion and nominated for Best Presenter category, meanwhile team FBI scored a 2nd runner up in the DRB-HICOM Convention FY2015/16.

Looking back, team FBI and IN-TEMPO were both formed in the early days of CTRM’s improvement exercise. Their ideas of improvement were shared with the whole CTRM staff during internal convention in 2015. Both teams were later trained and groomed by CTRM HMS to further equip them with all the necessary skills and techniques in presentation. Today, they become the CTRM’s icon on Continuous Improvement (CI) and source of reference and aspiration for others to partake and promote all CI and cost saving initiatives at CTRM.

The annual MPC convention and competition was held at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) with participation from more than 300 teams from companies of various category of industries in Malaysia. Kudos to everyone involved!

CTRM DELIVERS AIRBUS A350 FAN COWL


Farnborough 12 July - CTRM Aero Composites Sdn Bhd (CTRM AC), a subsidiary of Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) and a member company of DRB-HICOM Group, demonstrates another significant achievement in its production history with the delivery of 1st unit of the complete Airbus A350 Fan Cowl Skins to its customer UTC Aerospace Systems (UTAS). The Fan Cowl Skins CSN0006 were delivered to UTAS facility in Chula Vista, California, USA where it will be assembled before being finally shipped to UTAS facility in Toulouse, France.

In 2009, CTRM AC signed a life of a program contract with UTAS for the manufacture and supply of Airbus A350 Fan Cowl. The company was also qualified to Rohr Process Specification 24.28 to build A350 Fan Cowl.

CTRM AC’s work on the A350 Fan Cowl components is done entirely at its latest and largest plant in Batu Berendam, Malacca, Malaysia. Since its acquisition of the company in 2013, DRB-HICOM has made significant capital investment in CTRM. The new building, part of which was built for the A350 program, is now equipped with new high-tech machinery and equipment to support CTRM’s commitment towards expanding its manufacturing capabilities to cater to the increasing customers’ demand in productivity.

True to its reputation as a Centre of Excellence for Fan Cowl, CTRM takes pride in producing and delivering quality components in compliance with customer’s stringent requirements.

CTRM DELIVERS AIRBUS HELICOPTER H130 FENESTRON


Farmborough 12 July - Adding to its product portfolios of composite Wing and Nacelle, Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), a member company of the DRB-HICOM Group, marks another major milestone with the production and delivery of MSN 01 and MSN 02 of Airbus Helicopter H130 Fenestron, for its customer Airbus Helicopter in Marignane, France.

The Fenestron was the latest composite aerostructure program at CTRM which involve a total of 15 special processes. The package consists of 3 split assemblies, Fenestron, Fin Ventral and Fairing. The Fenestron itself is made up of eight parts, of carbon and hybrid material. The complexity of the lay-up process due to its shape coupled with its unique mould technology has exposed CTRM to two new processes to its current capabilities, the insert as well as structural bonding and riveting.

The project kicked off in May 2012 when the Malaysian government purchased 12 units of EC725 SAR/Utility helicopter from Airbus Helicopter. CTRM was awarded with the offset program to produce the Fenestron for a contract duration until 2021 or 320 sets in total delivery.

With the success delivery and compliance to the quality standard, CTRM targets to further enhance its reputation and standing as the preferred and capable supplier to aircraft manufacturers.

CTRM PERFORMANCE ON A320 SERIES


Farnborough 12 July - Recognized among the aerospace brands in the world, CTRM Aero Composites (CTRM AC), a subsidiary of Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), and a member of company of DRB-HICOM Group is a single source and the largest composites component supplier for the Airbus A320 Series aircraft wing, covering 20% of the wing surface.

CTRM’s commitment stands out as almost 50% of the Airbus A320 aircrafts in service today or 5,000 aircrafts flying around the world, have its wing component made by CTRM.

CTRM momentum’s towards excellence accelerates as the company was further entrusted to produce the latest A320/A321 NEO packages namely the Flap Track Fairing Tk2, A321 NEO Top Cover Tk4 and A320 NEO Leading Edge.

The first shipset was delivered last October 2015 following the development phase which started in March 2015. The project scope up to 2026 consist of RM10.8 million in total contract value.

Having propelled to its current status, CTRM AC sets to soar higher by looking into opportunities for minor assembly jobs in the near future.